BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...
SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA DENGAN HATI YG CERIA...

Tuesday, December 13, 2011

I'm back!!!

Assalamualaikum semua,

       Uhhh lama betul aku menghilang, dekat setahun aku x update blog ni. Entahla kenapa,nak kata takde benda nak entry,ada cuma malasla pulak. Maybe aku nak privacy buat seketika. dalam setahun ni macam2 perkara telah aku buat dan macam2 jugakla perkara telah berlaku. Dan tahun ini jugalah aku telah kehilangan ayahandaku yg tersayang. Mungkin juga disebabkan itulah mood utk berblogging hilang. Tetapi aku redha di atas KetentuanNya yg Maha Esa. Allah lebih menyayangi ayahku. Aku redha seadanya.
       Sekarang ni dah pun bulan disember,tinggal beberapa hari lagi utk ke 2012. Tahun ni adikku lelakiku bertunang tp aku x ingat dh tarikhnye. Dalam pertengahan tahun aritu kot. dan adik ipar aku juga telah berkahwin aidiladha yg lalu. Bertambahla ahli keluarga yg sedia ada dan semoga semuanya berbahagia hendaknye. Dalam tahun ini juga aku, husband dan anak2 berpindah dari timur ke barat tanah air. Dengan penghijrahan ini semoga rezeki kami semakin bertambah baik dari segi iman,harta,ilmu, anak dan segalanya. amin. Semoga dipermudahkan baginye. 
        Mungkin utk next entry aku akan bercerita lebih panjang tp untuk yg kali ini, sampai disini dulula sb banyak komitmen kat luar sana. huhu

Wassalam.

    

0 comments: