BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...
SELAMAT MELAYARI BLOG SAYA DENGAN HATI YG CERIA...

Aktiviti rutin Mairah

Salam,

Emmm nampaknye hari ni baru ada kelapangan nak update blog setelah beberapa hari sibuk. Sibuk ker? hehehe. Sibuk taklah sibuk sgt sebenarnye cuma time ujung minggu ni malas pulak nak bukak internet buat sementara waktu...just together2 ngn anak dan husband. Pegi jalan2, makan2...rutin di hujung minggu.
Hari ni berjalan lancar macam biasa dan seperti biasa setiap kali nak menyediakan makanan dalam erti kata memasakla, anak daraku sorang ni mesti jadi peneman setia aku kat dapur. Mana taknye, kalo aku tak bawak sekali masuk dapur, jawabnye boleh dengar konsert free la dari anakku yg sorang ni. Bukan setakat aku je yg dengar, malah neighbour aku pun boleh dengar skali...betapa dahsyatnye konsert anak aku ni, konsert tangisanla katakan. Adoi, nak tak nak,aku kena letak kat dapur jugakla mairah baru boleh buat keje. Bila letak kat dapur terus senyum sememeh sebab boleh duk dekat dengan umi dia. Gambar kat atas ni aku snap mase dia kat dapurla dengan aktiviti dia, aku pulak boleh enjoy memasak...yehaaa. Walaupun letak kat dapur tak boleh letak kat bawah, kalo aku letak kat bawah, jawabnye habisla pinggan mangkuk cik mairah kemas, x pasal2 aku kena tambah keje pulak. Lepas memasak kena kemas lagi...adoi, macam nila bila dah ada anak. Tp walau pun rumah jadi haru biru, ia tetap best sebab ada penyeri, beto tak? Sebenarnye bila dah ada anak, aku rasa hidup jadi lebih bermakna dan amat bahagia. ;) Thanks Allah.